Mitsubishi Buka Pusat 3S di Sungai Buloh
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan pembukaan pusat 3S pertama milik Esperance Motors yang terletk di Sungai Buloh, Selangor.
“Esperance Motors baru sahaja memulakan perkongsian perniagaannya dengan Mitsubishi Motors dan kami mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga Mitsubishi,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif, Mitsubishi Motors Malaysia.
Pembukaan pusat itu juga menyaksikan kehadiran Outlander dan Triton Athlete yang baru dilancarkan. Outlander dijual sebagai model pemasangan tempatan (CKD) manakala Triton diimport dari Thailand sebagai model CBU.
Selain itu, Alex Lim dari Esperance Motors turut mendedahkan rancangan syarikat itu membuka pusat 3S keduanya pada suku kedua tahun ini. Terletak di Rawang, pusat tersebut bakal menyediakan enam ruang servis dan perkhidmatan lain seperti tuntutan insurans.
No Comment