Promosi / Tawaran / Peraduan

Mulakan Tahun Baru Cina Dengan Toyota Baharu

Untuk musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, UMW Toyota Motor dan pengedar Toyota yang bertauliah di seluruh Malaysia menawarkan tawaran hebat untuk pilihan model Toyota yang luas. Ini peluang yang baik untuk memulakan Tahun Baru Lunar dengan kenderaan baharu sambil menjimatkan wang!

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ang-pow Tahun Baru Cina  sebanyak RM988 diberikan untuk model terpilih yang dibeli. Di samping itu, rebat tunai sehingga RM2,500 ditawarkan untuk model Toyota terpilih. Terdapat juga perkhidmatan percuma atau aksesori percuma untuk model tertentu.

Model dan tawaran promosi yang berkaitan ditunjukkan pada butiran di bawah dan sah sehingga 28 Februari 2018:

Model Promosi Rebat Tunai
Vios Rebat tunai sehingga RM2,500 + Ang Pow RM988 dan aksesori percuma (bernilai sehingga RM4,100)+ RM500 baucer E-servis
Hilux Ang Pow RM988 + Servis percuma 1 tahun (nilai RM1,000) untuk DC 2.4G (MT), DC 2.4G (AT), DC 2.8G (AT)
Camry Rebat tunai RM2,000 + Ang Pow RM988
Altis Ang Pow RM988 + aksesori percuma (nilai RM5,790)
Innova Ang Pow RM988 + servis percuma 1 tahun (nilai RM1,000)
Fortuner Ang Pow RM988 + servis percuma 1 tahun (nilai RM1,000)

Toyota 2-Tier Plan which offers lower monthly instalments for graduates and Toyota Drive financing plan, the first of its kind where customers can save more.

Rancangan 2-Tier Toyota yang menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah untuk graduan dan pelan pembiayaan Toyota Drive, yang pertama seumpamanya di mana pelanggan boleh menambah penjimatan.

Semua model Toyota datang dengan jaminan 5 tahun dan perbatuan yang tidak terhad (kecuali Hilux dengan maksimum maksimum 150,000kms). Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya mengikut terma dan syarat.

 

Previous post

Harley-Davidson Bakal Lancarkan Motosikal Elektrik Dalam Tempoh 18 Bulan

Next post

Porsche Asia Pacific Papar Hasil Jualan 2017 Yang Kuat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *