Berita Auto

Peugeot 508 Generasi Kedua Tampil Lebih Berani

Ini adalah Peugeot 508 generasi kedua yang akan dipamerkan di Geneva Motor Show 2018 dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Peugeot, segmen sedan di Eropah telah berhenti berkembang sejak empat tahun lalu namun pengeluar dari Perancis itu yakin model terbaru ini dapat menarik perhatian pelanggan yang rata-rata telah beralih ke segmen SUV.

2018-peugeot-508

Berbanding model asal yang dilancarkan tujuh tahun lalu, 508 kini kelihatan lebih berani dengan jeriji krom dan lampu LED yang menonjol. Di bahagian belakang pula terdapat lampu LED dengan efek cakaran 3D seperti yang dilihat pada 3008.

2018-peugeot-508 (2)

Walaupun kelihatan agak besar, 508 sebenarnya 80 mm lebih pendek dan 60 mm lebih rendah berbanding model sebelum ini. Kelebarannya bertambah sebanyak 20 mm manakala kapasiti bonet turut meningkat sebanyak 14 liter menjadi 487 liter keseluruhan. Lipat kerusi belakang sepenuhnya dan anda akan mempunyai ruang sebesar 1,537 liter.

2018-peugeot-508 (4)

Seperti 3008 juga, 508 menampilkan i-Cockpit yang mengenengahkan stereng kompak, panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci dan skrin sentuh 10 inci yang terletak pada konsol tengah. Ia juga menampilkan butang seperti papan kekunci piano yang mengawal fungsi-fungsi kenderaan seperti media dan penyaman udara.

2018-peugeot-508 (3)

508 ditawarkan dengan enjin 1.6-liter petrol 177 hp dan 217 hp, serta enjin diesel dalam versi 1.5 dan 2.0 liter dengan 128 hp, 158 hp atau 177 hp. Ia didatangkan secara standard dengan transmisi automatik lapan kelajuan, namun boleh juga dimiliki dengan transmisi manual enam kelajuan.

2018-peugeot-508 (1)

Bagi sistem bantuan pemandu pula, model ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, Late Positioning Assist, Active Safety Brake, Lane Keeping Assist, Driver Attention Alert, Active Blind Spot Monitoring System dan Night Vision System.

Previous post

BMW Luxury Excellence Pavilion dan Concept 8 Series Kini di Malaysia

Next post

SEAT Lancar Jenama Prestasi Cupra

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *