SUV Aston Martin On The Way
10 kedai Aston Martin baharu di China akan dibuka sebagai persiapan untuk Vantage baharu dan pelancaran SUV Aston. Aston Martin merancang untuk memperluaskan jejak global mereka dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan yang dirancang di China yang boleh berjumlah sehingga £620 juta, pengeluar British itu telah mengesahkan.
China adalah pasaran kereta baharu terbesar dunia dan Aston meramalkan perningkatan permintaan di rantau ini dengan pelancaran entry level Vantage baharu. Berikutan itu, SUV pertama syarikat itu (yang telah disahkan) dan model semua-elektrik akan dilancarkan pada 2019 dan dijangka akan meningkatkan jualan.
Selepas Vantage dan SUV ini ialah versi baru Vanquish. Ia akan berdasarkan versi casis DB11 dan bersaing dengan Ferrari 812 Superfast.
No Comment