Berita Auto

UMW Toyota Panggil Semula Corolla Altis, Lexus RX dan NX

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kempen panggilan semula berkenaan sensor beg udara yang melibatkan Toyota Corolla Altis, Lexus NX dan RX. Panggilan semula ini diumumkan berikutan kempen peringkat global yang dijalankan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) pada 31 Januari lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berdasarkan maklumat yang diterima dari TMC, kenderaan yang terlibat dalam kempen ini adalah 2,800 unit Corolla Altis dan kira-kira 500 unit NX dan RX. Model-model ini dihasilkan dari Jun 2015 hingga Januari 2016 dan telah diedarkan oleh UMW Toyota Motor dan Lexus Malaysia.

Menurut Toyota, isu pengilangan boleh menyebabkan penebat cip Integrated Circuit (IC) dalam sensor tekanan dan sensor G tercabut dan ini boleh mengakibatkan litar terbuka dalam cip IC tersebut.

Lexus-RX-200T-shanghai-600x298

Jika ini berlaku, lampu amaran beg udara akan menyala dan beg udara tirai dan hadapan berkemungkinan tidak akan berfungsi bila diperlukan. Ini boleh menaikkan risiko kecederaan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.

TMC kini dalam usaha untuk mendapatkan alat ganti yang diperlukan dan akan memaklumkan pemilik yang terjejas melalui UMWT apabila alat ganti tersebut tersedia. Pemilik diminta untuk membawa kenderaan masing-masing ke pusat servis Toyota dan Lexus untuk kerja penggantian yang mungkin memakan masa kira-kira 30 minit hingga 4 jam, bergantung pada model. Kos penggantian adalah percuma.

Lexus-NX-200t-F-Sport-620x350

Pemilik kenderaan yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis Toyota atau menghubungi Toyota Freephone di talian 1800-8-TOYOTA (869682). Pemilik Lexus pula boleh menghubungi 1800-88-LEXUS (53987) atau layari lexus.com.my.

Pemilik Toyota juga boleh melayari laman web Special Service Campaign Toyota di toyota.com.my untuk memeriksa jika kenderaan mereka terlibat menerusi nombor pengenalan kenderaan (VIN). Mereka yang telah memuat turun aplikasi Toyota Drive juga boleh menekan pautan SSC dan pemeriksa VIN.

Previous post

Porsche Asia Pacific Papar Hasil Jualan 2017 Yang Kuat

Next post

Skoda Vision X Akan Muncul di Geneva Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *