Volvo XC40 Kini Dengan Enjin Drive-E 3 Silinder
Volvo telah melancarkan enjin Drive-E tiga silinder baharu bagi XC40. Ia merupakan enjin tiga silinder yang pertama bagi jenama itu sejak penubuhannya 91 tahun lalu.
Bersesaran 1.5 liter, enjin petrol tersebut dibangunkan sendiri oleh Volvo menggunakan reka bentuk modular yang sama dengan enjin Drive-E empat silinder yang lain. Ia didatangkan dengan transmisi enam kelajuan namun boleh juga dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan bermula tahun hadapan.
Sejajar dengan strategi Volvo untuk terus meningkatkan skala ekonomi, enjin baharu itu akan dikeluarkan di kilang yang sama dengan enjin yang lain.
Selain itu, XC40 juga boleh didapati dengan enjin sedia ada iaitu diesel D3 dengan 150 hp dan T4 petrol dengan 190 hp.
No Comment