Yamaha Ego Avantiz Kini Dalam 3 Warna Baharu
Dilancarkan di Malaysia pada Julai 2016, Yamaha Ego Avantiz kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu biru, kuning dan merah bagi 2018. Harga tidak berubah iaitu RM5,717.64 selepas GST (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
Menjana Ego Avantiz adalah enjin BlueCore 125 cc dengan teknologi suntikan bahan api yang menghasilkan 9.3 hp @ 8,000 rpm dan 9.6 Nm @ 5,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan tali sawat V-automatik.
Antara kelengkapan yang ada pada model ini termasuklah lampu LED, penanda ECO pada panel meter serta sistem kunci parkir untuk keselamatan yang lebih terjamin terutama jika motor diparkir di kawasan berbukit.
Ia juga mempunyai ruang storan berkapasiti 14 liter, pemegang tempat duduk ergonomik serta brek cakera di bahagian hadapan.
No Comment