Berita Auto

Acura RDX Generasi Ketiga ke New York Auto Show

Acura bakal memperkenalkan barisan model RDX generasi ketiga (termasuk RDX A-Spec) di New York Auto Show 2018 pada penghujung bulan ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat itu, RDX A-Spec merupakan varian sporty yang menampilkan gabungan enjin 2.0 VTEC Turbo dan transmisi automatik 10 kelajuan. Enjin tersebut dikatakan berkaitan dengan enjin yang digunakan pada Civic Type R dan Accord baharu.

SUV itu juga dilengkapi dengan sistem pemvektoran tork Super-Handling All-Wheel Drive (SH-AWD) dan Integrated Dynamics System dari NSX, menjadikan ia RDX paling pantas dan lincah pernah dihasilkan Acura.

Buat pertama kalinya, RDX direka oleh studio rekaan Acura di Los Angeles, California dan dibangunkan di Raymond, Ohio. Ia akan dipasang di kilang East Liberty manakala enjin tersebut dikilangkan di Anna.

Previous post

UniMAP Terima 4 Unit Motosikal Daripada Yamaha

Next post

GrabVarsity Menyokong Pembangunan Komuniti Pelajar di Universiti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *