Berita Auto

Audi RS5 Sportback – 444 HP, 600 Nm

Audi telah memperkenalkan RS5 Sportback di New York Auto Show 2018 yang sedang berlangsung. Iamempunyai kelengkapan yang sama dengan RS5 Coupe yang diperkenalkan tidak lama dahulu, kecuali bentuk badan yang sedikit berbeza dengan dua pintu tambahan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini bermakna anda akan menjumpai gabungan yang sama di bawah hud iaitu enjin turbo 2.9-liter V6 dengan 444hp dan 600Nm dan transmisi automatik Tiptronic lapan kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda melalui sistem pacuan semua roda Quattro.

Audi RS5 Sportback 03

Gabungan tersebut cukup untuk membolehkan RS5 Sportback memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang empat saat dan mencapai kelajuan maksimum 249 km/j. Dengan pakej Dynamic Plus yang ditawarkan secara pilihan, kelajuan maksimum dipertingkatkan sehingga 280 km/j.

Audi RS5 Sportback 04

Dalam keadaan pemanduan biasa, sistem Quattro membahagikan kuasa secara 40/60 peratus (depan/belakang) namun ia juga boleh menyalurkan sehingga 85 peratus ke hadapan atau 75 peratus ke belakang jika diperlukan. Pemvektoran tork dibekalkan oleh ‘differential’ elektronik yang terletak pada gandar belakang.

Audi RS5 Sportback 02

Harga bagi RS5 Sportback masih belum diumumkan tetapi ia dijangka tidak jauh berbeza dengan RS5 Coupe yang dijual pada harga $69,900 (RM269,639).

 

 

Previous post

Top Gear Hasilkan Traktor Terpantas Dunia

Next post

Subaru Forester XT Turbo Dari RM175k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *