Bina Toyota Camry Dengan Kepingan Lego
Toyota telah mendedahkan sebuah replika Camry yang dibina menggunakan kepingan Lego. Ia direka oleh Ryan ‘The Brickman’ McNaught yang merupakan satu-satunya pereka Lego profesional di hemisfera selatan dan satu daripada hanya 14 di dunia.
Dengan lebih setengah juta kepingan Lego, replika Camry ini adalah seberat dua tan, 0.4 tan lebih berat daripada kereta Camry yang sebenar.
Ia dibina mengikut saiz sebenar dan menampilkan perincian yang mengagumkan seperti logo Toyota pada rim aloi, tulisan ‘hybrid’, serta lampu hadapan, lampu isyarat membelok dan lampu brek yang berfungsi,
Menurut McNaught, replika ciptaannya itu mengambil masa 900 jam dalam tempoh lapan minggu untuk disiapkan sepenuhnya, iaitu 40 kali lebih lama berbanding masa yang diperlukan oleh Toyota untuk memasang model sebenar.
Ia kini sedang dipamerkan di pameran Brickman Awesome di Melbourne sehingga 29 April 2018.
No Comment