Bosch Memutuskan Untuk Tidak Menghasilkan Sel Bateri
Robert Bosch telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan sel bateri sendiri, dengan mengatakan pelaburan yang diperlukan terlalu berisiko. Keputusan itu mendukakan ahli politik dan pembuat kereta Eropah yang telah meminta syarikat-syarikat bergabung bersama-sama untuk mewujudkan pengeluar sel bateri serantau untuk bersaing dengan pemain Asia.
Bosch ada mempertimbangkan membuat sel sendiri untuk bersaing dengan saigan Asia. Tetapi ia berkata tahun lepas keputusan itu bergantung kepada sama ada ia boleh membuat produk yang lebih baik dan lebih murah daripada Samsung dan Panasonic.
Sambil syarikat Eropah memasang pek bateri untuk kereta elektrik, rantau ini tidak mempunyai pemain penting dalam sel bateri – blok penting untuk bateri yang kini kebanyakannya dikeluarkan di Asia.
Bosch berkata ia akan terus bekerjasama dengan pembekal sel untuk merekabentuk sel untuk bateri hibrid dan elektrik, dan membeli sel itu daripada mereka. Oleh itu, ia menafikan penyelidikannya ke dalam teknologi sel dan membubarkan syarikat kerjasama Lithium Energy dan Power GmbH & Co. KG (LEAP) untuk teknologi lithium-ion.
Bosch menduduki tangga no 1 senarai Automotive News Europe dari 100 pembekal global teratas, dengan anggaran jualan di seluruh dunia dari pembuat kereta sebanyak USD46.5 bilion pada 2016.
No Comment