Cabaran Vios Toyota Gazoo Racing Berakhir Meriah
Cabaran Vios terakhir musim pertama terus membawakan drama hujung minggu kerana ketiga-tiga kelas memberi pengunjung yang berjumlah kira-kira 20,000 keseronokan.
Kelas Sporting Perlumbaan 1 bermula 1 petang dengan pelumba muda Brendan Paul Anthony dari Pasukan Dream Chaser dan Brendon Lim dari Tedco Racing di barisan hadapan diikuti oleh Team Nanoplus
Patrick Tam pada baris kedua di samping Clement Yeo yang keempat di grid. Brendon Paul Anthony muncul juara untuk Perlumbaan 1. Brendon Lim tempat kedua dan Patrik Tam ketiga.
Perlumbaan 2 menyaksikan Brendon Paul Anthony sekali lagi ditempat pertama dan terus dinobatkan juara kejohanan walaupun tidak mengambil bahagian perlumbaan pertama musim ini di Pulau Pinang. Kelas Promotional Perlumbaan 1 pula bermula dengan Shukri Yahya dan Shawn Lee di barisan hadapan dengan Diana Danielle di belakang mereka. Pada pusingan 8, Shawn berjaya memotong Shukri dan terus memenangi perlumbaan. DD tempat ketiga. Perlumbaan 2 lebih banyak drama dengan Shukri memotong Shawn di selekoh kedua. Fattah Amin juga memotong DD di selekoh 3. Fattah Amin juga berjaya memotong Shawn. Shawn mempunyai masalah gear dan DD juga dapat memintas beliau. Perlumbaan berakhir dengan Shukri di tempat pertama. Fattah kedua dan DD ketiga.
Permulaan Kelas Super Sporting Perlumbaan 1 pula menyaksikan pendahulu kejohanan Tengku Djan bermula di petak ketujuh kerana terpaksa membina semula enjinnya. William Ho bermula di pole, Kenny Lee di petak 2, Boy Wong petak 3 dan Ser Ming Hui 4. Enjin Tengku Djan yang dibina semula masih bermasalah dan hilang kuasa. William menang. Perlumbaan 2 melihat Tengku Djan bermula di petak 6. Ini bermakna William hanya perlu menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga untuk mendahului kejohanan. Akhirnya Tengku Djan berjaya mengakhiri perlumbaan dihadapan dengan Mark Darwin kedua dan William Ho ketiga. Tetapi, William Ho kemudiannya telah didenda 2 kedudukan kerana sentuhan berterusan William dengan Ser Ming Hui dianggap tidak sporting. Dengan itu William telah hilang kejuaraan kejohanannya kepada Tengku Djan.
Kesemua Perlumbaan ini telah menjadikan hujung minggu ini amat mengasyikkan untuk musim perlumbaan motor yang hebat dan mendebarkan Cabaran Vios sulung ini.
Dengan prospek cabaran baru pada musim depan, Cabaran Vios akan sekali lagi menjadi perlumbaan yang mesti ditonton.
Keputusan keseluruhan rasmi kejohanan:
No Comment