Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Contix Asia Lancar Minyak Enjin Unixx Di Malaysia

Pakar pelincir dari Singapura, Contix Asia Pte Ltd (atau Syarikat) hari ini memperkenalkan pelbagai minyak enjin Unixx yang direka khas untuk pasaran Malaysia dengan komitmen untuk menyediakan prestasi kejuruteraan yang berkualiti tinggi secara konsisten dengan harga yang kompetitif. Minyak enjin ini hanya menggunakan stok asas berkualiti tinggi dan dihasilkan di kemudahan bersertifikat ISO di Singapura dan Thailand.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Pelancaran minyak enjin Unixx bersempena dengan penglibatan Syarikat dalam Siri Super Thailand yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini pada 30 Mac hingga 1 April 2018.

Contix Asia berada dalam tahun ke 3nya sebagai penaja rasmi  Unixx TR Motorsports Race Team. Mereka juara 2017 Super Series Thailand, kelas GTC Supercar, dalam pertandingan generasi 1 Porsche 977 dengan enjin 3600cc menghasilkan 375WHP. Tahun sebelumnya, mereka juara dalam kategori Super Production Thailand, berlumba di Honda City. Thomas Raldorf, pemandu pasukan untuk 2018 akan berlumba dalam generasi kedua Porsche 997 GT3 dengan enjin 4000cc yang menghasilkan 510WHP pada perlumbaan Super Series Thailand di kelas GTM di Sepang hujung minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Thomas berasal dari keluarga perlumbaan yang terkenal dan telah memandu secara kompetitif sejak usia 10 tahun! Bapanya, Oluf Raldorf adalah pemandu Rally and Circuit Racing yang sangat berjaya dari Denmark. Dia berpindah ke Thailand pada 1997 dan telah berlumba di sana sejak 1998, memenangi lebih daripada 40 perlumbaan di Karting, Endurance dan pelbagai acara perlumbaan lain. Sila layari http://tr-motorsport.com untuk mendapatkan maklumat lanjut pasukan.

Unixx juga aktif menyokong pelbagai acara lumba jalan tempatan. Mereka adalah penaja utama acara GXP di Thailand dan penaja Unixx JMS Tuner Motorsport, lumba dalam litar Festival Speed Malaysia.

Unixx juga menghasilkan pelbagai pelincir perindustrian yang boleh didapati di China, Thailand dan Myanmar.

 

 

 

Previous post

Lebih Ramai Pengedar Proton Menaik Taraf Pusat Servis

Next post

UMW Toyota Motor Panggil Semula 21,000 Unit Vios, Corolla Altis dan Alphard

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *