Berita Auto

Lamborghini Urus Terima Sambutan Luar Jangkaan

Dilancarkan akhir tahun lalu, gabungan prestasi dan praktikaliti yang ditawarkan oleh Lamborghini Urus nampaknya berjaya memikat hati pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam satu temubual bersama CNBC, CEO Lamborghini, Stephan Domenicali berkata sambutan yang diterima setakat ini adalah di luar jangkaan dan syarikat itu meramalkan pengeluaran sebanyak 1,000 unit tahun ini.

Apa yang lebih menarik, 70% daripada pembeli Urus merupakan pelanggan baru jenama itu dan kebanyakan pelanggan berbelanja sehingga $240,000 ($40,000 lebih berbanding harga asal) untuk memiliki jentera tersebut. Bukan itu sahaja, kemasukan Urus juga menyaksikan peningkatkan dalam jumlah pembeli wanita.

2019-lamborghini-urus (1)

Menurut Domenicali lagi, SUV itu juga mendapat sambutan yang baik di pasaran-pasaran seperti India dan Russia di mana kenderaan Lamborghini seperti Aventador dan Huracan biasanya tidak laris disebabkan keadaan jalan raya yang tidak sesuai.

Bagaimanapun, untuk mengekalkan keeksklusifan jenama Lamborghini, Domenicali berkata syarikat itu merancang untuk menghentikan pertumbuhan mereka pada penghujung 2019.

 

 

Previous post

Kia Sportage 2.0 EX Dilancarkan - RM129,888

Next post

Ini Dia Wallbox Benz Generasi baharu. Adakah Ia Diadaptasikan Untuk Pasaran Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *