Gaya Hidup / Lifestyle

Lawatan Yang Membuka Mata Pengedar PROTON

Seramai 33 orang pengedar PROTON dari Malaysia baru-baru ini telah dibawa melawat ke Institusi Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk berkongsi pelan masa hadapan dengan memperkenalkan kepada pengedar-pengedar ini kemajuan dan perkembangan teknologi yang digunapakai di Geely. Lawatan ini juga memberikan perspektif luas kepada mereka tentang keupayaan Geely kerana Syarikat itu telah mempamerkan model-model yang bakal mereka keluarkan yang akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap masa hadapan PROTON.

Dealers ready to test drive cars

Ketika lawatan diadakan, Ting Pin, seorang kakitangan Geely telah ditugaskan untuk membantu menyediakan keperluan delegasi dari PROTON, jadi tidak hairanlah apabila pengedar-pengedar ini disambut oleh beliau di pintu masuk GRI pada petang itu. Dia kemudian meneruskan lawatan dengan membawa berjalan ke pusat pameran INTEC. Secara ringkasnya, Geely INTEC mewakili teknologi-teknologi ‘IN’ yang merangkumi Intelligence (pintar), INtrend (mengikut gaya terkini) dan INtergration (integrasi) serta meliputi 5 komponen iaitu G-Power, G-Safety, G-Blue, G-Netlink dan G-Pilot.
G-Power pada asasnya meliputi pembangunan rangkaian kuasa (powertrain) serta enjin. G-Safety memfokuskan kepada peningkatan keselamatan pada enam tahap iaitu; keselamatan pemanduan, sistem bantuan pemandu, maklumat bantuan dan amaran keselamatan, sistem keselamatan aktif, keselamatan perlanggaran, penggera dan penyelamat kemalangan. G- Blue pula merangkumi teknologi kereta ringan, pengurangan penggunaan bahan api dan pemancaran serta pembangunan kereta tenaga baharu seperti Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV).

Dealers listening attentively to the brief by Ting Pin, with regards to Geely INTEC technology

Pada sistem pula, mereka menggunakan G-Netlink untuk membantu mewujudkan persekitaran pemanduan yang lancar dan lengkap dengan panduan maklumat serta reka bentuk kunci kereta maya seperti kereta tanpa kekunci, yang boleh diaktifkan melalui telefon pintar. Teknologi ini telah digunapakai oleh Borui, sebuah sedan yang dikeluarkan oleh Geely. Akhir sekali, G-Pilot pula menggambarkan masa depan bagi pemanduan berautonomi. Borui yang dipamerkan di INTEC dilengkapi dengan teknologi pemanduan berautonomi dan menerusi pembangunan sengit dalam beberapa tahun akan datang, ia dijangka mencapai tahap pemanduan autonomi yang selamat selepas tahun 2020.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Geely turut membawa delegasi PROTON ke pusat pengujian rangkain kuasa (powertrain), Pusat Ujian Kenderaan dan Kilang Rintis (Pilot). Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya kerana para pengedar berpeluang menyaksikan sendiri teknologi maju yang sedang dibangunkan di GRI yang mana bakal digunakan pada model-model PROTON yang akan datang.

Ha Yi Wei dari Juara Mulia Motor Sdn Bhd sangat kagum dengan lawatan itu dan beliau berkata, “Ini merupakan pengalaman yang paling berharga. Seluruh bangunan di sini sangat besar dan luas. Apa yang saya lihat di sini Geely adalah sebuah syarikat yang terkemuka, besar dalam pelaburan pada masa depan, dan dengan mereka sebagai rakan kongsi PROTON, saya yakin kita mempunyai masa hadapan yang cerah”.

Nur Shazzani Ahmad Shukri dari Pengangkutan Sedar Sdn Bhd juga merasa kagum dengan lawatan tersebut. “Saya sangat yakin dengan kereta-kereta yang bakal dikeluarkan oleh PROTON melalui rakan niaga bersama Geely dan selepas melihat sendiri pembangunan di GRI. Ia menunjukkan bahawa Geely sendiri mempunyai teknologi yang hebat dan keupayaannya sangat maju dan futuristik.

Selain itu, mereka juga mempunyai pekerja profesional dan mempunyai bakat terbaik dari seluruh dunia yang bekerja untuk membangunkan kereta teknologi tinggi masa hadapan”.

“Geely merupakan rakan niaga yang paling sesuai untuk PROTON. Dari segi perspektif perniagaan, ini merupakan satu kelebihan kerana perkongsian ini dapat memberikan kami akses kepada pengeluar kereta yang lebih besar dengan kemudahan bertaraf dunia dan berteknologi canggih,” tambah Shazzani.

Group photo at the entrance of GRI

Previous post

Maserati Levante Trofeo Muncul di New York Auto Show

Next post

Kenapalah Toyota RAV4 Yang Terbukti Popular Tidak Akan Dibawa Masuk!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *