Berita Auto

Mercedes-AMG GT Coupe 4 Pintu Akhirnya Didedahkan

Penantian untuk Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe akhirnya berakhir dengan pelancaran model terbaru itu di Geneva Motor Show 2018. Ia pada asasnya merupakan AMG GT dalam versi coupe empat pintu yang dibina di atas platform E-Class dan CLS yang diubahsuai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jadi apa yang menarik tentang GT Coupe? Pertama sekali, ia akan ditawarkan dalam tiga versi iaitu GT 53, GT 63 dan GT 63 S sebagai model paling berkuasa. GT 53 menampilkan paling kecil dalam barisannya iaitu 3.0-liter enam silinder sebaris dengan 435 hp, dibantu dengan sistem hibrid EQ Boost dengan tambahan sebanyak 22 hp dan 250 Nm. Hasilnya, varian ‘entry level’ ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 285 km/j.

???????????

Kedua-dua varian 63 dipacu oleh enjin dwiturbo 4.0-liter, namun dengan tahap kuasa yang berbeza iaitu 585 hp dan 800 Nm bagi GT 63 dan 639 hp dan 900 Nm bagi GT 63 S. Prestasi kedua-dua varian ini tidak jauh berbeza; masa pecutan 0-100 km/j adalah 3.4 dan 3.2 saat, manakala kelajuan maksimum adalah 310 km/j dan 315 km/j.

???????????

Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan transmisi automatik sembilan kelajuan. Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan di mana transmisi bagi GT 63 dan GT 63 S menggunakan klac basah, manakala transmisi bagi GT 53 pula adalah jenis ‘torque converter’ yang lebih konvensional.

???????????

Sistem pacuan semua roda 4Matic+ adalah standard bagi GT Coupe, namun hanya varian GT 63 dan GT 63 S yang dilengkapi dengan mod ‘drift’ di mana 100% kuasa disalurkan ke roda belakang. Sistem kawalan roda belakang (rear wheel steering) adalah standard bagi varian V8 dan ditawarkan secara pilihan bagi varian enam silinder. GT 63 S juga mendapat ‘limited slip differential’ pada gandar belakang.

???????????

Dari segi suspensi, GT 53 dilengkapi dengan suspensi standard dengan redaman boleh laras, manakala GT 63 dan GT 63 S mendapat sistem penggantungan udara ‘multi chamber’ AMG Ride Control+.

 

 

 

 

Previous post

Porsche Persembahkan Konsep Crossover Misi E

Next post

Yamaha Ego Solariz Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Bagi 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *