Berita Auto

Mitsubishi Tawar Bonus Tunai Sehingga RM17,000 untuk Model Terpilih

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang mengadakan promosi menarik bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari sekarang hingga penghujung bulan Mac, pelanggan yang membeli Triton boleh mendapat bonus tunai sehingga RM8,000. Bonus yang ditawarkan untuk varian-varian Triton adalah seperti berikut:

Model/Varian Harga OTR untuk Semenanjung Malaysia (RM) Bonus Tunai (RM) Jaminan
1 Triton Athlete 126,990.00 2,000 Lima tahun atau 200,000km untuk semua varian Triton kecuali Triton QuestTriton Quest: Lima tahun atau 100,000km
Triton VGT Adventure X 126,990.00 8,000
3 Triton VGT AT Premium 116,300.00 8,000
4 Triton VGT AT GL 103,800.00 8,000
5 Triton VGT MT 107,600.00 4,000
6 Triton MT 93,920.00 8,000
7 Triton Quest 77,390.00 8,000

Sementara itu, pelanggan yang memilih Outlander berpeluang menerima bonus tunai bernilai sehingga RM4,000. Outlander 2.0 dijual pada harga RM139,988 manakala Outlander 2.4 berharga RM155,000.

Bukan itu sahaja, selain dari tawaran bonus tunai bernilai RM17,000 untuk ASX 4WD, MMM turut menawarkan bonus tunai sehingga RM15,000 untuk ASX 2WD. Harga bagi ASX 4WD adalah RM134,300 manakala ASX 2WD pula RM119,100.

Setiap varian Outlander dan ASX didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

Abarth 124 GT dan 695 Rivale Bakal Muncul di Geneva

Next post

Pandu Uji: Hyundai Tucson 1.6 T-GDI

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *