Berita Auto

Naza Italia Lancar Maserati Ghibli 2018

Naza Italia telah melancarkan Maserati Ghibli 2018 yang didatangkan dalam varian standard dan S. Model sedan sport ini juga boleh dinaik taraf dengan trim GranLusso atau GranSport.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan dia acara Frankfurt Motor Show tahun lalu, model facelift ini menampilkan casis, suspensi, enjin dan transmisi yang sama dengan Quattroporte namun ia 293 mm lebih pendek dan 50 kg lebih ringan.

16 Maserati Ghibli GranLusso

Bahagian luaran Ghibli diberikan sedikit suntikan segar menerusi jeriji dengan profil ‘shark nose’ dan bar krom, serta saluran udara lebih lebar. Ia kini menampilkan lampu LED adaptif yang dibangunkan bersama Magneti Marelli.

05 Maserati Ghibli GranSport

Pelanggan yang memilih trim GranLusso akan mendapat kemasan krom pada bampar hadapan, lencana khas, angkup brek warna perak dan rim aloi Urano Diamond bersaiz 20 inci. Kabinnya pula dihiasi dengan upholsteri sutera Ermenegildo Zegna yang dipadankan dengan kemasan kayu Ebano.

08 Maserati Ghibli GranLusso

Sementara itu, trim GranSport memberikan imej yang lebih sporty dengan kemasan hitam berkilat pada bampar hadapan, angkup brek warna merah dan rim aloi 21 inci Titano Anthracite. Di dalam, ia mendapat stereng sport, tempat duduk boleh laras, pedal penukar gear dan pedal kaki sport.

19 Maserati Ghibli GranSport

Ghibli menggunakan enjin twin-turbo 3.0-liter V6 yang menghamburkan 350 hp dan 500 Nm pada . Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.5 saat dengan kelajuan maksimum 267 km/j. Ghibli S pula dikuasakan oleh enjin yang sama namun kuasa yang dihasilkan adalah lebih tinggi iaitu 430 hp dan 580 Nm. Masa pecutan 100 km/j adalah 4.9 saat dan kelajuan maksimum adalah 286 km/j.

25 Maserati Ghibli GranSport

Harga bagi Maserati Ghibli bermula dari RM618,800 bagi model standard, RM668,800 bagi versi GranLusso dan Gransport. Ghibli S pula bermula dari RM718,800 bagi model standard dan RM768,800 bagi versi GranLusso dan GranSport.

26 Maserati Ghibli GranLusso

Semua model didatangkan dengan jaminan standard lima tahun tanpa had perbatuan dan program servis percuma selama lima tahun atau 100,000 km (termasuk Maserati Premium Service Plus untuk tiga tahun atau 60,000 km).

 

Previous post

Volkswagen Sah Akan Hasilkan Atlas Versi 5 Tempat Duduk

Next post

Malaysia Menanti Berita P400e

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *