Berita Auto

Nissan NV350 Urvan (High Roof) Facelift Dilancarkan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan NV350 Urvan (High Roof) facelift dengan reka bentuk global generasi baru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Van itu kini hadir dengan jeriji hadapan ‘V-motion’, bampar hadapan yang ditambah baik, lampu utama halogen yang telah direka semula dengan pelaras manual untuk pandangan yang lebih baik pada waktu malam, serta reka bentuk stereng baharu dengan sentuhan moden di ruang kabin.

Dipadankan dengan enjin pengecas turbodiesel 2.5L YD25DDTi, NV350 Urvan menggunakan transmisi manual 5-kelajuan untuk prestasi pemanduan yang mengagumkan. Padanan enjin dan transmisi ini cukup efisien untuk mencapai tahap penggunaan bahan api sekitar 8.7L/100km berdasarkan kitaran ujian NEDC (New European Driving Cycle). Ia ini juga diiktiraf sebagai EEV (Energy Efficient Vehicle).

03 NISSAN NV350 URVAN FACELIFT_14-SEATER

Ciri-ciri lain termasuklah pengehad kelajuan dipasang untuk memastikan had kelajuan 100km/j untuk kenderaan penumpang dipatuhi, serta penutup bahan api dengan kunci. Sistem bantuan brek, ABS, lampu berhenti pada kedudukan tinggi dan kunci keselamatan kanak-kanak menjadi ciri keselamatan standard. ‘Zone Body Construction’ pula memaksimumkan perlindungan para penumpang jika berlaku kemalangan.

Harga di atas jalan (termasuk GST(kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans) dan tempoh jaminan NV350 Urvan adalah seperti berikut:

JENIS PENDAFTARAN NISSAN NV350 URVAN(HIGHROOF) CBU TEMPOH JAMINAN (mana-mana tibadahulu)
Semenanjung Malaysia (RM) Sabah (RM) Sarawak (RM) Labuan (RM) Langkawi (RM)
IndividuPeribadi 125,000.00 126,900.00 126,900.00 115,850.00 115,050.00 5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000 km
Syarikat   Peribadi 125,200.00 126,900.00 126,900.00 115,850.00 115,250.00
Syarikat   Komersial 125,550.00 127,900.00 127,900.00 116,850.00 115,700.00 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km

 

Previous post

Harley-Davidson Masuk Balik Ke Malaysia Di Gasket Alley Sebagai Permulaan

Next post

Senarai Finalis Anugerah World Car of the Year 2018 Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *