Pengarah Urusan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Boon Siew Honda
Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan bahawa Keiichi Yasuda akan menggantikan Nobuhide Nagata sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Yasuda akan mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Boon Siew Honda dari April tahun ini. Yasuda kini Pengurus Besar, Bahagian Sumber Manusia & Hubungan Industri, Asian Honda Motor Co., Ltd.
Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa di Boon Siew Honda dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Korporat, Unit Penyeliaan Perancangan Korporat di Honda Motor Co., Ltd.
No Comment