Berita Auto

Perodua Myvi Terima 60,000 Tempahan Sejak Dilancarkan

Perodua telah mengumumkan bahawa ia telah menerima 60,000 tempahan untuk Myvi baharu dengan 28,000 daripadanya telah diserahkan kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan dan rakyat Malaysia atas sokongan kuat mereka terhadap Myvi dan kami akan terus memperbaiki masa penghantaran untuk pelanggan kami yang dihargai,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Menurut beliau lagi, pelanggan yang membuat tempahan sekarang kemungkinan besar akan menerima kereta mereka sebelum musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Setakat ini, syarikat itu telah memenuhi semua pesanan Myvi baru yang dibuat pada tahun lalu.

Berdasarkan sokongan kukuh terhadap Myvi dan model lain, Perodua menganggarkan bahagian pasaran bagi bulan Februari melebihi 41%  dengan 17,100 unit kenderaan (6,500 unit Myvi, 5,000 unit Axia, 3,700 unit Bezza dan 1,900 unit Alza) terjual dengan anggaran 41,000 unit bagi jumlah keseluruhan industri (TIV).

Berdasarkan tahun ke tahun, prestasi jualan Perodua meningkat sebanyak 13.1% kepada 34,800 unit berbanding 30,800 unit yang terjual dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2017. Perodua menyasarkan untuk menjual 209,000 unit kenderaan tahun ini, 2% lebih tinggi berbanding 204,900 unit yang terjual pada tahun lalu.

Previous post

GrabVarsity Menyokong Pembangunan Komuniti Pelajar di Universiti

Next post

Nombor Plat Siri 'UU' Kini Dibuka Untuk Jualan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *