Berita Auto

Range Rover Sport SVR Kalahkan Ferrari 458 Italia

Mana mungkin sebuah SUV mampu mengalahkan supercar, tetapi itulah yang berlaku apabila Range Rover Sport SVR menempuh cabaran di jalan pergunungan Tianmen di China yang mempunyai 99 selekoh.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dipandu oleh pelumba Formula E Ho-Pin Tung, SUV berprestasi tinggi itu mencatat masa tidak rasmi 9 minit 51 saat di laluan sepanjang 11.3 km itu dengan kelajuan purata 68.8 km/j, sekaligus mengalahkan pemegang rekod sebelum ini iaitu Ferrari 458 Italia dengan masa 10 minit 31 saat.

Dengan 575 PS dan 700 Nm yang dibekalkan oleh enjin supercharge 5.0-liter V8, Range Rover Sport SVR adalah kenderaan Land Rover yang terpantas setakat ini. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 280 km/j.

rrsportsvr18mytianmenroad13031804

Selain itu, ia juga mempunyai casis yang dipertingkatkan yang dikatakan dapat memperbaiki kawalan badan dan cengkaman ketika mengambil selekoh.

“Saya memang biasa dengan perlumbaan berkelajuan tinggi tetapi 99 selekoh tersebut adalah sesuatu yang unik. Mengekalkan tumpuan merupakan cabaran terbesar dengan selekoh yang berterusan dan jurang besar di tepi,” ujar Tung.

Previous post

Mazda Dan Toyota Akan Menjalankan Kilang Bersama Di A.S.

Next post

UniMAP Terima 4 Unit Motosikal Daripada Yamaha

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *