ŠKODA Kembali Ke Singapura
ŠKODA, pengeluar automotif terkemuka di Republik Czech, mengumumkan kemunculan semula ke pasaran Singapura. Empat permata ŠKODA – Rapid Spaceback, Octavia, Superb dan Kodiaq, akan ke bilik pameran perdana baru mereka di ŠKODA Centre Singapore di 26 Jalan Leng Kee.
Pelancaran ŠKODA di Singapura menandakan satu peristiwa penting bagi jenama itu kerana Singapura adalah sebahagian daripada pasaran ‘Future 15’ yang dipetakan dalam kisah pertumbuhan jenama. Ia juga akan menjadi pasaran Asia Tenggara yang pertama yang mempunyai pengedar langsung.
Sebagai syarikat induk, Volkswagen Group Singapura akan terus mengimport dan menjalankan operasi runcit ŠKODA di sini.
Ini bermakna kawalan yang lebih baik terhadap pengalaman pemilikan bagi pemilik ŠKODA dari masa pembelian kepada peyerahan kepada lepas jualan. Dan untuk pertama kalinya, para pelanggan ŠKODA di Singapura akan mendapat akses ke model terbaru dari Mladá Boleslav, ibu pejabat ŠKODA.
No Comment