Volkswagen Jadi Penaja Kenderaan Rasmi Acara Le Tour De Langkawi 2018
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia kembali sebagai rakan automotif rasmi dalam acara Le Tour de Langkawi (LTDL) 2018. Sebelum ini, Volkswagen terlibat dalam LTDL pada tahun 2016.
Untuk LTDL tahun ini, VPCM akan menyediakan sebanyak 180 buah kereta Volkswagen yang terdiri daripada rangkaian model terkininya. Ia merangkumi model Polo, Vento Highline, Passat Trendline, Passat Highline dan Tiguan Highline. Semua kenderaan ini akan digunakan sepanjang perlumbaan tersebut oleh para pelumba, marshal keselamatan dan pegawai.
Selaku rakan automotif rasmi, VPCM juga akan menyerahkan Jersi Putih kepada Juara Asia. Mengulas tentang kerjasama tersebut, Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Volkswagen berbangga kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada acara perlumbaan basikal paling berprestij di Asia itu.
“Kami gembira kerana dapat menyokong perlumbaan ini dengan rangkaian model Volkswagen. Kami tidak sabar untuk melihat daya ketahanan, kelincahan dan kekuatan yang bakal dipamerkan oleh
pelumba bertaraf dunia yang mengambil bahagian. Bagi pihak Volkswagen, kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta,” katanya.
Dianjurkan sejak tahun 1996, Le Tour de Langkawi merupakan perlumbaan berbasikal pelbagai peringkat yang telah menerima banyak anugerah. Ia kini diiktiraf sebagai acara penting dalam kalendar
perlumbaan berbasikal kompetitif di peringkat global dan sentiasa menarik perhatian para pelumba terbaik dari seluruh dunia.
No Comment