Berita Auto

Volkswagen Sah Akan Hasilkan Atlas Versi 5 Tempat Duduk

Volkswagen telah mengumumkan bahawa ia akan mula menghasilkan model Atlas versi lima tempat duduk di kilangnya di Chattanooga, Tennessee.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti Atlas versi tujuh tempat duduk, model terbaru ini menggunakan platform MQB dan ia direka dan dibangunkan khas untuk pasaran Amerika sahaja.

“Atlas telah membina momentum yang kuat untuk Volkswagen dalam segmen SUV, dan kami teruja untuk mengembangkan portfolio kami dengan model lima tempat duduk baharu ini,” kata Hinrich J. Woebcken, Presiden dan CEO Volkswagen Group of America.

Volkswagen akan membuat pelaburan tambahan berjumlah $340 juta bagi menampung pemasangan SUV terbaru itu. Atlas lima tempat duduk akan menjadi model Volkswagen ketiga yang dikeluarkan di kilang tersebut selepas Passat dan Atlas tujuh tempat duduk.

Syarikat itu juga mengesahkan yang ia akan mempamerkan Atlas lima tempat duduk versi konsep di acara New York Auto Show 2018 yang akan berlangsung pada penghujung Mac ini.

 

Previous post

Bilik Pameran BMW Motorrad Pertama di Negeri Sembilan Dibuka

Next post

Naza Italia Lancar Maserati Ghibli 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *