Volkswagen Semak Semula Jadual Servis Penyelenggaraan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan jadual servis penyelenggaraan yang disemak semula yang akan berkuatkuasa bermula 1 April 2018. Jadual tersebut turut menawarkan penjimatan sehingga 26% (kiraan berdasarkan lima tahun atau 75,000 km).
Florian Steiner, Pengarah Urusan VPCM berkata bahawa langkah itu adalah selari dengan usaha berterusan syarikat untuk mengoptimumkan pengalaman pemilikan dan memberikan ketenangan minda kepada pelanggan.
“Digabungkan dengan program percuma selama tiga tahun yang kami perkenalkan pada 1 Januari 2018, pemilikan sebuah Volkswagen kini menjadi lebih kos efektif,” tambahnya lagi.
Senarai jadual servis penyelenggaran yang disemak semula untuk semua model Volkswagen boleh didapati secara terperinci di laman web rasmi VPCM. Jadual ini hanya sah untuk model yang dijual oleh VPCM dan tidak merangkumi model yang diimport melalui pengedar yang tidak sah.
No Comment