Volkswagen Tawar Peluang Menangi Percutian ke Wörthersee GTI Festival di Austria
Sempena pelancaran Volkswagen Golf baharu tidak lama lagi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) buat pertama kalinya menawarkan peminatnya peluang untuk memenangi percutian ke Wörthersee GTI Festival di Austria.
Sejak 1982, bandar Reifnitz yang berlatarbelakangkan Tasik Wörther telah menjadi lokasi perhimpunan utama bagi peminat Golf GTI dari seluruh pelusuk dunia. Tahun ini menandakan tahun ke-37 bagi acara tersebut.
Untuk memenangi percutian ini, anda hanya perlu menyertai pertandingan yang dibahagikan kepada dua pusingan. Dalam pusingan pertama, peserta dikehendaki menjawab 10 soalan yang berkaitan dengan Golf dalam masa terpantas. Tiga peserta terpantas akan layak ke pusingan kedua iaitu Grand Finale yang diadakan bersempena dengan siri jelajah Volkswagen di pusat beli-belah 1 Utama pada 31 Mac 2018.
Untuk menyertai, anda perlu mendaftar dan mengisi butiran peribadi di laman web Volkswagen Malaysia (https://www.volkswagen.com.my/GTIWorthersee). Pertandingan ini dari 20 Mac hingga 27 Mac 2018.
No Comment