Berita Auto

Volvo XC40 Dinobat European Car of the Year 2018

Bakal membuat kemunculan di Geneva Motor Show, Volvo XC40 baru telah dinamakan sebagai European Car of the Year 2018. Ini adalah kali pertama Volvo memenangi anugerah berprestij tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

XC40 dilihat mendapat sambutan cukup memberangsangkan dengan 20,000 tempahan awal diterima di Eropah dan Amerika Syarikat sejak ia diperkenalkan pada September 2017. Ia juga akan memasuki pasaran kereta terbesar dunia iaitu China tidak lama lagi.

XC40 adalah model pertama Volvo yang dibina berasaskan platform Compact Modular Vehicle Architecture (CMA) yang dibangunkan dengan kerjasama Geely. Platform tersebut juga akan digunakan untuk model-model siri 40 termasuk versi elektrik pada masa hadapan.

?????????????????????????

Antara teknologi terbaru yang dibawa menerusi SUV kompak ini termasuklah ciri ‘car sharing’ yang membolehkan pemilik berkongsi kenderaan mereka tanpa perlu menyerahkan kunci fizikal. Pelanggan juga boleh memiliki XC40 menerusi perkhidmatan Care by Volvo dengan bayaran langganan bulanan.

Ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang ditawarkan termasuklah Pilot Assist, City Safety, Cross Traffic Alert dan kamera 360 darjah untuk bantuan parkir.

 

Previous post

Mercedes-Benz CLA Shooting Brake Night Edition

Next post

BMW M2 Edition Black Shadow Rai Kejayaan M2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *