Gaya Hidup / Lifestyle

Waze Keluar Dari Jem Dengan Petron Cuti Sekolah Ini

Sama ada anda tersangkut dalam jem dengan tangki minyak kosong, tak tahan nak kencing atau anak-anak menjerit, kita semua pernah berada di dalam situasi sebegini. Bukankah ianya lebih baik jika kita berhenti rehat saja?

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Waze dan Petron telah melancarkan penyelesaian yang akan membantu pemandu jalan keluar dari jem dan ke stesen Petron terdekat untuk mengisi semula minyak kereta dan menyegarkan diri mereka. Dalam usaha untuk menyampaikan konten yang lebih berharga kepada penggunanya, Waze memperkenalkan fungsi Jenama Kegemaran untuk individu untuk mengenal pasti keutamaan jenama mereka dalam aplikasinya.

Petron adalah syarikat Malaysia yang pertama menggunakan fungsi Jenama Kegemaran untuk pengguna memilih ‘Petron’ sebagai jenama pilihan mereka.

“Dengan menggunakan aplikasinya, pelanggan boleh melihat tawaran produk terbaru kami supaya mereka tidak terlepas sebarang kempen dan promosi yang menyeronokkan dan bermanfaat,” kata Puan Faridah Ali, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia.

Pengguna hanya perlu mencari stesen Petron terdekat, tap ke halaman lokasinya dan ikon jantung yang diletakkan di tengah halaman.

 

 

 

Previous post

Nama SUV Aston Martin Ialah ‘Varekai’

Next post

Kemuncak Perlumbaan Vios Challenge Semakin Hampir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *