Berita Auto

Apa Kata Pengedar Generasi Muda Mengenai Kerjasama Dengan Geely

Berikutan lawatan ke Geely yang telah disertai seramai 30 pengedar PROTON, ianya telah membuka mata mereka setelah menyedari kebolehan rakan niaga PROTON itu, yang begitu mengagumkan dan memberi inspirasi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sebagai sebuah jenama yang bersedia untuk masa hadapan, pastinya pendapat dari pengedar generasi muda adalah penting. Ini kerana mereka mewakili suara dan idea dari pasaran, atau merupakan wakil kepada pasaran serta pengguna daripada generasi muda.

our dealers checking out the merchandise area of Lynk_Co

Nur Shazzani Ahmad Shukri dari Pengangkutan Sedar Sdn Bhd berkata, “Apa yang paling penting adalah untuk mengubah persepsi di kalangan pembeli mengenai kereta Proton. Kereta Proton sememangnya baik dan tahan lama, tetapi kita perlu mempertingkatkan lagi teknologi untuk kekal bersaing bagi memenuhi permintaan pelanggan di pasaran. Oleh itu, saya dapat melihat bahawa Geely adalah rakan kongsi yang tepat berdasarkan kereta yang telah kami pandu uji ketika berada di Institut Penyelidikan Geely. Kereta-kereta mereka dilengkapi ciri-ciri kecerdasan buatan (“AI”), dan pada masa yang sama, mempunyai semua komponen terkini sesuai dengan kereta bagi zaman moden”.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Geely sememangnya membuat pelaburan yang bijak bagi teknologi masa hadapan, seperti kereta elektrik, kereta hybrid, serta kereta autonomi yang sedang dibangunkan. Dengan ini, perkongsian ini secara keseluruhannya akan mendatangkan kebaikan kepada PROTON,” kata Nur Shazzani.

Bagi Louis Ng Boon Cheng dari NHL Automobil Sdn Bhd, perkara yang penting bagi beliau adalah pakej yang lengkap dari seorang pengedar kepada pelanggannya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Di mana sahaja kita pergi, kita dapat melihat persaingan yang semakin sukar. Pengeluar bersaing untuk pelanggan yang sama di pasaran, jadi penawaran unik kepada pelanggan adalah sangat penting. Pertama sekali adalah apa yang orang dapat lihat dan rasa, seperti cawangan pengedar. Sebuah cawangan yang baharu akan menarik orang ramai untuk singgah masuk ke dalam pusat pemeran. Yang keduanya adalah perkhidmatan selepas jualan yang diberikan,” kata Louis Ng.

“Sebagai alternatifnya, jika kita tidak mahu bersaing untuk pelanggan yang sama, maka kita perlu menarik pelanggan menggunakan cara yang berbeza. Model kereta hendaklah direka secara moden dengan reka bentuk yang hebat supaya ia menjadi model khusus di pasaran – maka ini akan memastikan kita sebenarnya mewujudkan pasaran baharu dengan pelanggan yang baharu. Barisan kereta-kereta Geely seperti Boyue dan Emgrand GS yang kami pandu uji baru-baru ini di China merupakan permulaan yang hebat,” tambah Louis Ng.

“Atas sebab ini, saya benar-benar percaya bahawa SUV bakal dilancarkan di sini akan menjadi satu fenomena dan saya yakin rakyat Malaysia akan mendapat yang terbaik, kerana ujian sedang dijalankan, dan ciri-ciri tersebut akan memenuhi keperluan apa yang kita mahukan dalam sebuah SUV,” jelas Louis.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Previous post

Sime Darby Auto Connexion Lancar Bilik Pameran Dinaik Taraf di Kuching

Next post

Haval H9 Dipratonton di Malaysia Autoshow 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *