Berita Auto

BMW M2 Competition Tawar Prestasi Lebih Tinggi

BMW telah mendedahkan model M terbarunya iaitu M2 Competition. Ia menggantikan M2 Coupe yang diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perkara paling menarik tentang M2 Competition terletak di dalam ruang enjinnya, di mana unit N55 yang digunakan sebelum ini telah digantikan dengan unit S55 yang turut memacu M3 dan M4. Enjin twin-turbo 3.0-liter enam silinder itu menghasilkan 410 hp dan 550 Nm, mewakili peningkatan sebanyak 40 hp dan 85 Nm berbanding M2 Coupe.

2019-bmw-m2-competition (5)

Dengan transmisi manual enam kelajuan, jentera ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.4 saat namun ia juga boleh melakukannya dalam 4.2 saat dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) tujuh kelajuan. Kelajuan maksimum adalah 250 km/j atau 280 km/j jika ia dilengkapi dengan pakej M Driver.

2019-bmw-m2-competition (4)

M2 Competition bukan sahaja lebih laju, malah ia juga mempunyai bunyi yang lebih kuat dengan adanya sistem ekzos baharu dengan dua flap yang dikawal secara elektronik.

2019-bmw-m2-competition (3)

Aspek pengendalian dinaik taraf menerusi strut brace yang diperbuat daripada CFRP serta gandar aluminium depan dan belakang dari M3/M4. Stereng kuasa elektromekanikal turut ditala semula untuk mendapat tindak balas yang lebih cepat. Ciri Dynamic Stability Control turut diberikan peningkatan dan ia disokong oleh Active M Differential dengan motor elektrik yang boleh ‘mengunci’ gandar belakang dalam 150 milisaat.

2019-bmw-m2-competition (2)

Bagi menampung jumlah kuasa yang lebih tinggi, model ini turut dilengkapi dengan brek yang lebih besar dengan angkup enam omboh di hadapan dan empat omboh di belakang. Pemandu kini boleh menyimpan mod pemanduan dengan lebih mudah menerusi butang M1 dan M2 pada stereng.

2019-bmw-m2-competition (1)

Ia tampil sedikit berbeza berbanding model sebelum ini dengan jeriji kidney yang lebih besar untuk pengaliran udara yang lebih baik, perincian berwarna hitam termasuk muncung ekzos serta lencana ‘M2 Competition’ di belakang. Ia memakai rim jejari Y bersaiz 19 inci yang boleh didapati dalam dua kemasan berbeza.

 

Previous post

SYM Malaysia Perkenal 3 Model Baharu

Next post

VW Mencari Serata Dunia Untuk Agensi Pengiklanan Untuk Pitch Logo Jenama Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *