Berita Auto

Ford Focus Generasi Keempat Tampil Dengan Enjin dan Teknologi Terkini

Ford telah memperkenalkan Focus versi terbaru yang telah direka semula sepenuhnya. Model itu dipasang di China dan akan dijual di negara itu serta Eropah bermula tahun ini, diikuti dengan Amerika Syarikat pada separuh kedua tahun 2019.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Focus boleh didapati dalam bentuk hatchback lima pintu, sedan empat pintu dan wagon lima pintu. Bergantung pada pasaran, varian yang akan ditawarkan termasuklah Active, Titanium, Vignale dan ST-Line.

2018-ford-focus (1)

Ia dibina di atas platform C2 baharu yang menjanjikan ruang dalaman lebih besar dengan jarak roda (wheelbase) yang lebih panjang sebanyak 53 mm. Ketegaran kilasan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding model terdahulu, manakala berat turun sebanyak 88 kg.

2018-ford-focus (3)

Focus versi pasaran Eropah akan mendapat enjin 1.0 EcoBoost dalam versi 84 hp, 99 hp dan 123 hp, serta enjin 1.5 EcoBoost dalam dua versi iaitu 148 hp dan 180 hp.

2018-ford-focus (4)

Enjin diesel pula terdiri dari unit EcoBlue 1.5 dengan 94 hp dan 118 hp (kedua-duanya dengan 300 Nm) dan 2.0 yang menghasilkan 148 hp dan 370 Nm. Hanya dua jenis transmisi yang ditawarkan iaitu manual enam kelajuan dan automatik lapan kelajuan.

2018-ford-focus (2)

Antara teknologi terkini yang dibawa adalah CoPilot 360 yang merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Adaptive Front Lighting System, Active Park Assist dan Evasive Steering Assist. Disepadukan bersama ACC adalah ciri Stop & Go, Speed Sign Recognition dan Lane-Centring yang membantu mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan, sekaligus mengurangkan stress semasa perjalanan jauh.

 

 

Previous post

Beli Minyak Pelincir Shell Advance dan Menangi Ducati Monster 797

Next post

Porsche 919 Hybrid Evo Lebih Pantas Berbanding Jentera F1 di Litar Spa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *