Hap Seng Star Lancar Pusat 3S Puchong South Autohaus
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star telah merasmikan pembukaan Puchong South Autohaus baharu. Sehingga kini, Hap Seng telah melabur sejumlah RM250 juta dalam mengembangkan operasinya di seluruh negara, termasuk pelaburan sebanyak RM6 juta untuk pusat terbaru ini.
Puchong South Autohaus terletak secara strategik bersebelahan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP – Tol Plaza Puchong Barat), memberikan akses mudah kepada pelanggan Mercedes-Benz di kawasan Puchong, USJ dan Putrajaya.
Dengan kawasan berkeluasan 21,577 kaki persegi, Puchong South Autohaus menampilkan konsep Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) serta identiti korporat (CI) terbaru jenama tersebut. Pusat 3S itu mempunyai bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga lapan buah kenderaan pada satu-satu masa serta 12 ruang servis dengan kapasiti sehingga 500 buah kenderaan sebulan.
Selain itu, pusat tersebut turut menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan istimewa dan bantuan tepi jalan 24 jam. Semua juruteknik adalah diiktiraf oleh Mercedes-Benz dan mampu melakukan kerja-kerja pembaikan menggunakan peralatan Mercedes-Benz yang terkini.
Mercedes-Benz Hap Seng Star Puchong South Autohaus beralamat di Lot 14225, KM3.8, Lebuhraya Damansara-Puchong, 47100, Puchong. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 – 8051 5616.
No Comment