Haval H9 Dipratonton di Malaysia Autoshow 2018
Go Auto Sales Sdn Bhd, pengedar kenderaan Haval di Malaysia, kini sedang mempratontonkan Haval H9 di acara Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS, Serdang. Model tersebut dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada hujung tahun ini.
H9 merupakan SUV tujuh tempat duduk yang menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder Double VVT yang menghasilkan 160 hp dan 324 Nm tork. Selain daripada pacuan empat roda, ia turut menampilkan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif seperti Electronic Stability Program (ESP) keluaran Bosch, Hill Descent and Ascent Control, Anti-Lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake Force Distribution (EBD), Tyre Pressure Monitor System, Intelligent Adaptive Front-lighting System (AFS) serta enam beg udara.
Menurut Go Auto Sales, harga jangkaan bagi H9 adalah di bawah RM200,000. Ia akan ditawarkan dalam dua varian, Luxury dan Ultra, dan boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Alaskan White, Ebony, Sleek Silver, Kakadu dan Bronze.
“Semasa autoshow ini, kami juga mempamerkan model H8 yang kini sedang pertimbangkan untuk dibawa masuk. Langkah seterusnya adalah membuat persiapan untuk melancarkan H9 CBU pada suku keempat tahun ini, diikuti dengan versi CKD pada suku kedua tahun hadapan,” kata Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto.
No Comment