Berita Auto

Hyundai i20 Baharu Diperkenalkan

Hyundai i20 telah diberikan pembaharuan yang menyeluruh setelah empat tahun berada di pasaran. Hatchback segmen B itu bukan sahaja menampilkan wajah terkini, malah didatangkan dengan pelbagai kelengkapan dan teknologi baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti model keluaran Hyundai yang terkini, i20 baharu menampilkan jeriji Cascading yang memberikannya imej yang lebih mewah. Bahagian belakang turut dikemas kini dengan reka bentuk lampu dan bampar baharu.

hyundai-i20-restyling (4)

i20 ditawarkan dalam tiga varian iaitu tiga pintu, lima pintu dan Active. Varian lima pintu dan Active boleh didapati dengan rim 15 dan 16 inci, bumbung Phantom Black serta lebih banyak pilihan warna luaran termasuk Tomato Red, Champion Blue dan Clean Slate. Pelanggan juga boleh memilih beberapa jenis warna dan corak bagi ruang kabin.

hyundai-i20-restyling (1)

Dari segi infotainment, i20 kini didatangkan dengan skrin bersaiz tujuh inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, selain port USB pada bahagian konsol tengah.

hyundai-i20-restyling (3)

Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan enjin petrol. Semua varian didatangkan dengan enjin 1.0-liter T-GDi yang menghasilkan 100 PS jika dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan, atau 120 PS dengan manual enam kelajuan. Transmisi klac berkembar tujuh kelajuan turut ditawarkan bagi enjin tersebut.

hyundai-i20-restyling (2)

Varian tiga pintu dan lima pintu juga boleh didapati dengan enjin Kappa 1.2-liter dan transmisi manual lima kelajuan. Terdapat dua tahap kuasa bagi enjin ini iaitu 75 PS dan 84 PS. Varian Active pula mendapat enjin Kappa 1.4-liter dan kotak gear manual yang menjana 100 PS. Semua varian dilengkapi dengan ciri Idle Stop & Go.

hyundai-i20-active-restyling

Satu lagi kelengkapan baharu yang terdapat pada i20 adalah teknologi keselamatan SmartSense yang merangkumi Lane Departure Warning System (LDWS), Lane Keeping Assist (LKA), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Driver Attention Warning (DAW) dan High Beam Assist (HBA).

Previous post

Ford Fiesta Sport Van Kenderaan Komersial Bergaya

Next post

McLaren Akan Bawa Senna ke China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *