Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia
Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan F-Pace 2.0L Ingenium baharu. Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu Prestige, R-Sport Mid-Spec dan R-Sport Hi-Spec.
Varian ini menampilkan enjin Ingenium 2.0-liter empat silinder dengan padanan pengecas turbo twin-scroll yang menghasilkan 250 PS dan 365 Nm dari 1,200 rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF dan pacuan All-Wheel Drive, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.8 saat.
Ciri Configurable Dynamics membolehkan pemandu memilih mod Normal atau Sports bagi tindak balas pendikit, kotak gear dan stereng. Adaptive Dynamics pula mengubahsuai tindak balas peredam mengikut gaya pemanduan dan keadaan jalan raya.
Varian terbaru ini juga didatangkan dengan beberapa ciri terkini seperti Surround Camera System yang memberikan pandangan luaran 360 darjah pada skrin sentuh. Adaptive Cruise Control with Queue Assist pula menggunakan radar untuk menyesuaikan kelajuan kereta bagi mengekalkan jarak selamat dari kenderaan di hadapan.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan paparan bersaiz 12.3 inci dengan meter virtual dan peta 3D. Pemandu juga boleh memilih salah satu daripada empat tema grafik yang disediakan.
Harga (termasuk GST, tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans) bagi F-Pace 2.0L Ingenium adalah seperti berikut:
- Prestige -RM 425,800
- R-Sport Mid-Spec -RM 476,800
- R-Sport Hi-Spec -RM 498,800
No Comment