Berita Auto

Kia Grand Carnival 2.2D SX Dilancarkan – RM188,888

Naza Kia Malaysia telah melancarkan varian terbaru dalam rangkaian MPV mereka iaitu Grand Carnival 2.2D SX. Ia menggantikan varian EX yang diperkenalkan sebelum ini dan akan dijual bersama varian KX.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kelengkapan baharu yang ada pada SX merangkumi rim krom 19 inci dan lampu hadapan HID dengan Positioning Lamp dan Auto Levelling System. Jeriji ‘hidung harimau’ kini dihiasi dengan kemasan mesh berwarna hitam berkilat.

YP 17MY GE-RHD Seat color_burgundy EX

Bahagian dalaman MPV lapan tempat duduk ini pula dihiasi dengan gabungan upholsteri kulit dwi tona burgundy dan kemasan kayu. Sistem infotainment dipertingkatkan dengan skrin 8 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, serta paparan LCD TFT bersaiz 7 inci yang diletakkan di antara dial.

Penumpang di barisan ketiga juga tidak dilupakan dengan adanya sistem hiburan belakang (Rear Entertainment System) dengan monitor berkembar dan sambungan Wifi. Pemain CD dan MP3, USB, AUX serta enam unit pembesar suara turut disertakan.

rear-view-camera

Tempat duduk pemandu kini didatangkan dengan pelarasan lapan cara dan sokongan lumbar empat cara. Susun atur tempat duduk barisan kedua dan ketiga juga boleh diubahsuai dengan hanya menggunakan suis elektronik.

Varian SX menampilkan rangkaian kuasa yang sama iaitu enjin turbo diesel 2.2-liter CRDi yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan 190 hp dan 440 Nm tork.

HEADREST-MONITOR-(1)

Sistem keselamatan pula dikekalkan dengan ciri-ciri seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Hill Start Assist dan sensor parkir depan dan belakang.

Grand Carnival 2.2D SX dijual pada harga RM188,888 (harga atas jalan tanpa insurans) dan boleh ditempah bermula sekarang. Ia boleh didapati dalam warna Snow White Pearl, Aurora Black Pearl, Blackberry dan Silky Silver.

YP-17MY-GE-RHD-08-smart-tailgate-2

 

Previous post

Perodua Tawar Sistem Pemantauan Tekanan Tayar GearUp

Next post

Agera RS Terakhir Dari Barisan Pengeluaran Koenigsegg

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *