Berita Auto

Memminger Roadster 2.7 Ambil Inspirasi Daripada Beetle

Pengeluaran Volkswagen Beetle mungkin akan dihentikan tidak lama lagi, namun itu tidak menghalang Memminger untuk terus menghasilkan rekaan berasaskan model ikonik tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Apa yang anda lihat ini adalah hasil tangan terbaru syarikat talaan dari Jerman itu yang dikenali sebagai Roadster 2.7. Dengan badan lebar dan rendah serta dua tempat duduk, ia adalah interpretasi Memminger tentang Beetle versi moden.

ampnet_photo_20180403_146720

Bahagian luarannya yang menarik dipadankan dengan kabin yang tersangat ringkas. Ia tidak mempunyai panel pintu dan papan pemuka pula kelihatan tidak dilengkapi dengan sebarang gajet kecuali tiga tolok meter. Tempat duduk bucket yang dihiasi dengan corak berpetak-petak dan jalur merah menaikkan seri Beetle ini.

mega-kafer-von-memminger

Kereta ini dikuasakan oleh enjin boxer sejukan udara bersesaran 2.7-liter empat silinder yang menghasilkan 210 hp/247 Nm serta kotak gear manual lima kelajuan. Menurut Memminger, enjin tersebut berasaskan enjin Porsche 914 dan Volkswagen Type 4 dan Bus.

ampnet_photo_20180403_146717

Selain itu, ia juga menggunakan casis bingkai tiub dengan strut MacPherson di hadapan dan sistem gantungan trailing arm di belakang. Tayar yang digunakan adalah bersaiz 18 inci dengan ukuran lebar 225 mm di hadapan dan 255 mm di belakang.

Previous post

Volkswagen I.D. R Pikes Peak Lebih Pantas Daripada Jentera F1

Next post

#ShellSelamatSampai Sasar Ubah Tingkah Laku Penunggang Muda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *