Motosikal / Skuter / Roda

Modenas Dominar D400 Kini di Malaysia – RM13,788

Modenas telah melancarkan motosikal sports tourer yang dikenali sebagai Dominar D400.  Ia merupakan model keempat yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Modenas dan Bajaj selepas Pulsar NS200, RS200 dan V15.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model baharu ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 373 cc dengan sistem Digital Triple Spark Ignition (DTS-i) yang menghasilkan 35 hp pada 8,000 rpm dan 35 Nm pada 6,500 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan berserta klac ‘slipper’.

Modenas

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik 43 mm di depan dan mono-shock boleh laras di belakang manakala sistem brek pula merangkumi cakera dan ABS dua saluran. Dengan berat 182 kg dan tangki berkapasiti 13 liter, model ini juga sesuai untuk pengembaraan jarak jauh.

Modenas

Selain itu, Dominar D400 turut dilengkapi dengan lampu LED automatik dan paparan LCD berkembar pada bahagian kluster instrumen dan tangki minyak.

Modenas

Harga bagi model ini bermula dari RM13,788 (tidak termasuk GST). Ia didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 24,000 km.

Modenas

Previous post

DBS Muktamad Aston Martin Akan Guna Moniker 'Superleggera'

Next post

Ini Rupa Kluster Instrumen Digital Baharu BMW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *