Berita Auto

Pengedar Proton dan Geely Jinxi Shanghai Berkongsi Cerita

Di kala sedang hangat diperkatakan mengenai rakan niaga Proton iaitu Geely dan apa akan bakal diperoleh melalui rakan niaga tersebut, pengedar-pengedar Proton turut berkesempatan untuk bertemu dengan pengedar Geely. Untuk lawatan kali ini, mereka berpeluang melawat cawangan Jualan dan Servis Shanghai Jinxi Automobile, iaitu pusat pengedar Geely bertaraf 4S.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sudah tentunya hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi lawatan pengedar Proton ke sana sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ia adalah satu peluang yang berharga dapat berkunjung ke pusat pameran mereka danmerupakan landasan bagi mereka menyaksikan apa yang terbaik dan boleh diambil sebagai contoh bagi memberi sentuhan baharu pada cawangan Proton pada masa hadapan.

car charging area at the Jinxi outlet

Satu sesi taklimat telah diadakan bagi menyambut kedatangan para pengedar dari Proton. Xu Zhi Ming, Pengurus Besar dan ketua pengedar, mengalu-alukan lawatan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada para pengedar kerana melawat ke cawangannya dan berniat ingin menjadikan cawangannya sebagai contoh.

sharing session between PROTON dealers and management staff of Geely dealer at the Jinxi Shanghai outlet

Beliau turut berkongsi pendapat dan idea mengenai cawangan pengedar serta pengalamannya sepanjangan berada di dalam industri auto. Beliau menyatakan bahawa model Boyue mendapat penerimaan yang baik daripada penguna dengan memperoleh jualan lebih 30,000 unit sebulan, dan bagi mereka yang telah menempah, mereka perlu menunggu selama enam bulan untuk mendapatkan kereta dan mereka sememangnya sanggup untuk menunggu.

before the sharing session begun (dealers having some light snacks)

Begitulah permintaan SUV Boyue di China.

Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab. Pelanggan boleh yakin bahawa Boyue adalah model yang dibangunkan dengan kerjasama Volvo, oleh itu seseorang dapat melihat keistimewaan kereta tersebut dari segi reka bentuknya yang bergaya, bertaraf 5 bintang keselamatan NCAP China serta memenuhi piawaian peraturan yang tinggi, seperti SUV yang bakal dipertingkatkan yang akan menggunakan enjin yang mematuhi Euro 6, menggantikan enjin sedia ada iaitu Euro-5. Pada masa ini, Boyue telah diterima dengan baik dan jualannya melepasi SUV lain dalam segmennya.

one of the customer lounge area at the lobby

Beliau juga menegaskan bahawa sebagai model yang baharu dalam pasaran SUV, Boyue telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, di mana ia telah menjadi salah satu jenama yang paling berkembang pesat di China dan berharap agar rakyat Malaysia dapat merasai keseronokkan dan pengalaman yang sama seperti pengguna di China.

lobby area of the Jinxi dealer outlet

Tidak kira wanita moden mahupun berkeluarga, SUV ini pastinya sesuai untuk pengguna yang ingin menarik perhatian orang melalui rupa dan rasa yang kontemporari, rekaan dalaman yang moden serta dipenuhi dengan ciri keselamatan yang tinggi dan semestinya berciri kecerdasan buatan (AI).

Previous post

Skoda Kamiq - Satu Lagi SUV Untuk Pasaran China

Next post

Honda Akan Persembahkan Sedan Konsep Baharu di China Minggu Depan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *