Berita Auto

Perodua Bezza GXtra Tawar Lebih Nilai

Perodua menawarkan lebih nilai kepada rakyat Malaysia dengan kemunculan Bezza GXtra, varian baharu yang menggantikan 1.0 Standard G dalam barisan model Bezza.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan pada harga pengenalan sebanyak RM35,500 untuk manual dan RM37,500 untuk automatik, atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia, Bezza GXtra dilengkapi dengan waranti lima tahun/150,000 km.

SAM_4337

Varian Bezza peringkat asas baharu ini mempunyai skirt sisi dan pemegang pintu luar krom, dan kini boleh didapati dalam warna ‘Ocean Blue’ yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian-varian 1.3L. Di bahagian dalam, papan pemuka dan panel audio dihiasi kemasan berwarna hitam piano, manakala corong udara, sayap stering serta tapak gear dihiasi trim berwarna terang. Bluetooth turut termasuk dalam sistem audio.

SAM_4338

Bezza merupakan sedan pertama keluaran Perodua dan menjadi sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) paling mampu milik di Malaysia. Sejak pelancarannya pada pertengahan 2016, ia telah menjadi sedan paling laris di Malaysia, dengan hampir 100,000 unit dijual sehingga kini.

SAM_4339

Varian baharu ini dikuasakan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i (Variable Valve Timing – Intelligent), dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan E-AT (kawalan elektronik). Penggunaan bahan api yang cekap diteruskan daripada sebelumnya, iaitu 22.8 km/l bagi varian manual dan 21.3 km/l bagi varian automatik.

SAM_4335

Perodua Bezza GXtra kini dibuka untuk tempahan. Untuk melihat dengan lebih dekat, sila kunjungi bilik pameran Perodua yang berdekatan pada 5 dan 6 Mei ini, bersempena dengan Hari Pelanggan.

Previous post

Peugeot 5008 Dilancarkan - RM173,888

Next post

Volkswagen Golf R-Line Akhirnya Tiba di Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *