Porsche 911 GT3 RS Catat 6:56.4 Minit di ‘Neraka Hijau’
Memang tidak dinafikan, Porsche 911 GT3 RS adalah antara jentera litar paling berbisa setakat ini dan kemampuannya sekali lagi terbukti dengan catatan masa 6:56.4 minit di litar Nurburgring, 24 saat lebih laju berbanding model GT3 RS terdahulu.
Pencapaian ini juga menyaksikan GT3 RS diangkat sebagai kenderaan produksi ketiga terpantas di litar tersebut selepas Lamborghini Huracan Performante (6:52.o1) dan Porsche 911 GT2 RS (6:47.25).
Menurut Porsche, jentera yang digunakan untuk catatan masa tersebut dilengkapi dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R yang dibangunkan khas untuk kegunaan di litar lumba. Bersaiz 265/35 ZR 20 di hadapan dan 325/30 ZR 21 di belakang, tayar tersebut boleh dipesan di setiap Porsche Centre tidak lama lagi. Ia juga boleh digunakan pada model GT2 RS.
GT3 RS dikuasakan oleh enjin ‘naturally aspirated’ 4.0-liter enam silinder yang menghasilkan 520 hp. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 312 km/j.
No Comment