Sukan

Ramdan Raih Podium SuperSports 600cc

Mohd Ramdan Mohd Rosli berjaya meraih podium pertamanya dalam saingan SuperSports 600cc apabila berjaya menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ketiga pada Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM yang berakhir di Litar The Bend Motorsport Park, Australia, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selepas Perlumbaan 1 semalam dibatalkan, Perlumbaan 2 turut menyaksikan pelbagai drama apabila perlumbaan turut diberhentikan pada pusingan kelima setelah bendera merah dikibarkan disebabkan kemalangan yang menimpa Irfan Ardiansyah.

Sebaik perlumbaan dimulakan semula sebanyak lapan pusingan, rakan sepasukan Ramdan, Kasma Daniel Kasmayuddin berjaya memecut laju untuk memimpin perlumbaan sebelum sedikit terkeluar daripada litar menyebabkannya kercicir ke kedudukan keempat.

Yuki Ito yang berada di belakang menggunakan peluang untuk mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’42.605s diikuti Ratthapong Wilairot (Yamaha Thailand Racing Team) kedua dengan masa 15’44.207s.

Kasma menamatkan perlumbaan SuperSports di tempat ketiga

Pelumba pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia yang bermula dari kelompok pertengahan itu berjaya menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’49.587s.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini setelah melalui minggu yang agak sukar. Jentera saya pada peringkat awal tidak berada dalam keadaan terbaik, dan setiap sesi juga sangat sukar. Terima kasih kepada pasukan yang telah membantu menyelesaikan masalah jentera dan dapat meraih podium minggu ini,” jelas Ramdan.

Anthony West yang tidak beraksi pada minggu ini kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 45 mata diikuti Ito kedua, 42 mata dan Azan Shah Kamaruzaman ketiga dengan 38 mata setelah sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.

Trio Maju Motor kuasai podium UB150

Sementara itu, trio UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team mempamer aksi bertenaga apabila menguasai ketiga-tiga kedudukan podium bagi kategori Uunderbone 150cc.

Md Haziq Md Fairues yang gagal menamatkan sebarang perlumbaan sepanjang tiga perlumbaan lepas memenangi perlumbaan setelah menamatkan tujuh pusingan perlumbaan secara bersendirian dengan masa keseluruhan 16’07.730s diikuti pelumba wildcard, McKinley Kyle Paz dari Filipina kedua dengan masa masa 16’13.985s. Juara bertahan, Md Akid Aziz menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 16’20.328s.

Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh kekal mendahuui senarai keseluruhan dengan mengumpul 67 mata diikuti Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) di tangga kedua dengan 56 mata manakala Md Affendi Rosli (Team One For All) ketiga, 44 mata.

Haziq menjuarai perlumbaan UB150

Dalam saingan Asia Production 250cc, pentas podium dikuasai oleh tiga pelumba Astra Honda Racing Team. Gelaran juara milik Rheza Danica Ahrens (15:01.965s), kedua Mario Suryo Aji (15:05.125s) dan ketiga Awhin Sanjaya (15:10.375s).

Rheza dan Mario turut mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 73 mata dan 66 mata manakala Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) di kedudukan ketiga dengan 62 mata.

Previous post

Sebanyak 100,000 Nissan Leaf Sudah Dihantar Kepada Pelanggan Jepun

Next post

Volkswagen I.D. R Pikes Peak Lebih Pantas Daripada Jentera F1

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *