Berita Auto

Roush Bangunkan Kit Supercharger Untuk Mustang GT 2018

Roush Performance dan Ford adalah gandingan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Syarikat talaan yang berpangkalan di Michigan itu telah menghasilkan kit prestasi untuk Mustang sejak 25 tahun dahulu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kini, Roush telah memperkenalkan kit supercharger fasa 1 untuk Mustang GT 2018. Ia merangkumi supercharger sebesar 2.65-liter yang dibangunkan khas untuk meningkatkan prestasi enjin V8 dan sistem suntikan bahan api langsung milik jentera ‘muscle’ tersebut.

Ditambah dengan bahan api 93 oktana dan boost setinggi 12 psi, enjin tersebut kini menghasilkan 700 hp dan 827 Nm, jauh lebih tinggi berbanding Mustang GT standard yang mempunyai 460 hp.

Menurut Roush, kit tersebut dilindungi oleh jaminan selama tiga tahun atau 60,000 batu. Setiap komponen telah diuji sepenuhnya bukan sahaja untuk ketahanan, malah untuk mematuhi standard pelepasan.

 

Previous post

MINI Cooper S Countryman Sports CKD - RM245,888

Next post

Video Ini Menunjukkan Kenapa Lexus LS Baharu Melebihi Saingan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *