Skoda Kamiq – Satu Lagi SUV Untuk Pasaran China
Skoda telah menyiarkan lakaran SUV terbarunya yang dibangunkan khas untuk pasaran China. Nama rasmi model ini masih belum didedahkan, namun laporan mengatakan ia akan menggunakan nama ‘Kamiq’.
Kamiq adalah SUV keluaran Skoda ketiga yang dijual di negara itu selepas Kodiaq dan Karoq. Sama seperti kedua-dua model tersebut, Kamiq direka khusus bagi menepati citarasa pelanggan di negara itu dari segi konsep, reka bentuk dan ciri-ciri.
Walaupun ia model paling kecil dalam barisannya, Kamiq dilihat mempunyai reka bentuk luaran yang tidak jauh berbeza dengan Karoq sementara bahagian dalamannya tampil ringkas dengan paparan konsol tengah, meter analog dan tombol fizikal.
Menurut laporan, model ini didatangkan dengan enjin petrol 1.5-liter dengan 110 hp sebagai salah satu pilihan enjin yang ada. Dua jenis transmisi ditawarkan iaitu manual enam kelajuan dan klac berkembar automatik.
No Comment