Berita Auto

Teka Nama SUV Pertama PROTON Dan Menang Hadiah Bernilai Lebih RM100,000

PROTON melancarkan undian secara dalam talian pada Isnin, 2 April 2018 bagi menjemput orang ramai untuk mengundi nama SUV pertama PROTON. Undian dalam talian ini akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON (www.facebook.com/ProtonCarsOfficial) dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa sebarang pembelian diperlukan.

“Kami ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa yang bermakna ini kerana SUV baharu tersebut juga merupakan simbol pencapaian untuk negara kita. Oleh itu, kami akan memberi ganjaran kepada orang ramai yang turut serta dalam undian ini dan seramai lima orang responden yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima hadiah-hadiah menarik,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang mereka undi. Pakej hadiah yang bakal diterima terdiri daripada pengalaman bernilai seperti undangan ekslusif VIP pada majlis pelancaran serta diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi dan ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV tersebut di trek ujian PROTON di Shah Alam.

Selain itu juga orang ramai turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. Sekiranya nama tersebut dipilih, seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan 2 orang selama 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely. SUV pertama PROTON adalah model pertama yang dibangunkan bersama Geely.

Ia merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta jenama lain yang lebih premium.

Ia juga merupakan salah satu produk yang bakal menaikkan nilai jenama PROTON pada tahun-tahun yang akan datang. Tarikh tutup undian ini adalah pada 30 April 2018 jam 11.59 malam dan pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama tersebut.

Photo 2 (BM)

Previous post

5 Sebab Mengapa Ford Ranger Masih Laku

Next post

Naza Umum Pelantikan Timbalan CEO Kumpulan Automotif Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *