Berita Auto

Volkswagen Golf R-Line Akhirnya Tiba di Pasaran Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf R-Line baharu pada acara Malaysia Autoshow 2018, sekali gus melengkapkan rangkain model Golf baharu di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan pada harga RM166,990, varian terbaru ini hadir bersama pakej gayaan R-Line yang merangkumi bampar hadapan dan belakang, spoiler belakang, lencana ‘R-Line’ pada jeriji radiator dan panel sisi serta rim aloi ‘Singapore’ bersaiz 17 inci.

SAM_4351

Di bawah hudnya adalah enjin turbo 1.4 TSI yang dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan yang menawarkan kuasa sebanyak 150 PS dan 250 Nm tork di antara 1,500 hingga 3,500 rpm.

SAM_4341

Dari segi infotainment, Golf R-Line dilengkapi dengan Paparan Info Aktif bersaiz 12.3 in dan skrin Composition Media bersaiz 8 inci yang dilengkapi ciri App-Connect yang menyediakan sistem-sistem seperti MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay.

SAM_4358

Ciri-ciri lain termasuklah lampu utama LED (dengan Lampu Membelok Dinamik), sistem pendingin hawa 2-Zon Climatronic, kamera undur, ‘KESSY’, brek parkir elektronik serta Pilihan Mode Pemanduan dengan empat mod berbeza iaitu Eco, Normal, Sport dan Individual.

SAM_4359

Aspek keselamatan pula terdiri daripada tujuh beg udara, danManeuver Braking yang akan membrek kereta secara automatik apabila ia mengesan objek pada kelajuan 10km/j ketika hendak memarkir kenderaan. Automatic Post Collision Brake System pula berfungsi menekan brek secara automatik untuk menghalang impak lebih besar apabila kenderaan terlibat dalam kemalangan.

SAM_4364

Golf R-Line juga didatangkan dengan ciri Rest Assist and Proactive Occupant Protection System yang melindungi pemandu dan penumpang. Sementara ciri Advanced Electronic Differential Lock (XDS) menawarkan lebih cengkaman ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

SAM_4346

Model ini ditawarkan dalam warna kuning (Tumeric Yellow), biru (Atlantic Blue), putih (Pure White), hitam (Deep Black), perak (White Silver) dan kelabu (Indium Grey).

Previous post

Perodua Bezza GXtra Tawar Lebih Nilai

Next post

Boon Siew Honda Melancarkan X-ADV dan CRF1000L Africa Twin di MAI Malaysia Autoshow 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *