Volkswagen Passat Comfortline Plus
Kita diberi peluang menguji Volkswagen Passat Comfortline Plus ini beberapa hujung minggu yang lalu dan ianya memang selesa. Kereta ini terletak di dalam segmen D eksekutif dan ianya … sangat, sesuai untuk seorang eksekutif. Kualiti binaanya terbaik. Kulitnya mewah dan panel dalamanya semua padu.
Dahulu, saya pernah jatuh cinta dengan Passat B7 dan R36 yang berprestasi tinggi dari tahun 2007.
Selepas itu ianya telah melalui transformasi yang agak mengecewakan dengan facelift model B7nya pada tahun 2011.
Rekabentuk B7 itu terlalu berkotak dan membosankan memberinya penampilannya yang sesuai hanya untuk mereka yang sudah berumor.
Mujurlah Volkswagen telah memperbaikinya dengan varian terkini mereka ini. Model B8 dengan facelift terbaru ini mengembalikan maruahnya sebagai kereta yang harus dihormati. Meminjam dari rekabentuk panjang lebar rendah model CC mereka, Passat kini kembali berdiri teguh dan megah.
Dengan harga dari RM179,990.00 ianya adalah sebuah sedan eksekutif yang serba mewah lagi berbaloi.
Pandu ujinya sekarang. Daftar disini: https://www.volkswagen.com.my/test-drive?car=passat
No Comment