Awak Mungkin Boleh Lari Tapi Awak Tak Boleh Sembunyi
Kes pecah rompak baru-baru ini telah digagalkan oleh polis Malaysia di Jalan Bunga Pekan, Banting semalam ketika 4 suspek dalam sebuah Honda Civic pendaftaran Singapura telah cuba merempuh dua buah kereta polis.
Sebuah kereta polis itu berjaya menghempit Honda Civic itu ke sudut sebuah bangunan.
Empat suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan dan pemeriksaan pada kenderaan suspek telah menjumpai peralatan hisap dadah serta peralatan pecah rumah.
No Comment