Pandu Uji

Bolehkah Bentley Bentayga Digunakan Sebagai Kenderaan Harian?

Bila fikir Bentley, kita fikir BESAR tetapi … dimasa yang sama, ianya teramatlah laju. Itu untuk kereta mereka. Tidak syak lagi, memang WINNING!

Tetapi, sama seperti jenama supercar yang lain mereka mahu memasuki pasaran SUV memandangkan ianya adalah segmen yang paling laku dalam industri permotoran buat masa ini.

RXV00444

Jam Breitling

Dengan itu, pada tahun 2012 mereka telah mencipta sebuah konsep yang diberi nama Bentley EXP 9 dimana reka bentuknya agak kontroversi dan telah menerima sambutan yang tidak begitu baik terutama sekali dikalangan media. Saya pun tidak berapa minat dengan reka bentuknya dan reaksi pertama saya adalah, “Oh, My!”.

2012_Geneva_Motor_Show_-_Bentley_EXP_9F_(6974977083)

By NRMA Motoring and Services from Sydney, Australia – 2012 Geneva Motor Show – Bentley EXP 9F, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=26558695

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mujurlah mereka akur dan telah menambahbaikkan reka bentuk versi produksi, yaitu Bentayga yang debut di Frankfurt Motor Show pada September 2015. Bila saya lihat reka bentuk semulanya, reaksi pertama saya adalah, “Oh!”.

RXV00439

Tombol Air-Cond

Namanya adalah hasil gabungan 4 huruf pertama nama Bentley dan  Tiaga dengan ejaan yang diubah, nama hutan salji transcontinental yang terbesar di dunia.

RXV00470

Bentayga digelar SUV yang mempunyai kelajuan tertinggi iaitu 187 b/j (301 km / j) serta SUV produksi yang paling mahal di dunia.

RXV00663

Walaupun yang terakhir mungkin masih benar, takhta ‘laju’ bagaimanapun kini milik Urus. SUV Lamborghini. Tetapi peringatkan, takhta ‘mahal’ milik Bentayga mungkin digulingkan oleh SUV baharu Rolls Royce.

RXV00476

Saya baru-baru ini diberi kesempatan untuk memandu uji Bentayga ini dan saya telah memutuskan untuk menguji samada ianya sebuah kenderaan yang boleh digunakan sebagai kenderaan harian.

RXV00478

Bolehkah ianya dibawa ke sana ke sini, gohed gostan! Kita membawanya …

  1. Menghantar basikal ke kedai basikal.
  2. Pergi makan.
  3. Hantar cek.
  4. Ke kedai bunga.
  5. Membeli makanan  kucing.

RXV00744

Saya ingin tahu sama ada kenderaan 2 juta ringgit, 2.5 ton, 900 nm tork ini … boleh ke hulur ke hilir sepertimana pasangan urban biasa lakukan setiap hari.

RXV00556

Well, untuk semua yang disebut di atas, ianya lulus dengan cemerlang. Takda hal. Anda boleh memuatkan basikal bersaiz standard di bahagian belakang dengan tempat duduk belakangnya diturunkan dan saya yakin anda juga boleh memuatkan perabot belum-pasang IKEA termasuk katil bersaiz king dan almari juga dengan senang sekali.

RXV00563

Kami memandu keluar dan masuk dari tempat letak kereta tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, tempat letak kereta bawah tanah yang sempit, agak susah, tetapi itu adalah masalah yang sama untuk kebanyakkan SUV besar. Tak payahlah pergi ke tempat-tempat sedemikian.

RXV00463

Kulit Unta

So YA! Sukacita dimaklumkan, anda boleh gunakan Bentayga ini untuk ke hulur dan ke hilir untuk kerja-kerja harian anda tetapi … sedikit amaran! Ianya amat menyeronokkan dan anda akan tersenyum simpul melakukannya 24/7.

RXV00590

Anda tidak akan merasa letih langsung malah anda akan berasa bertambah segar walaupun sehari suntuk memandu Bentayga ini. 

RXV00534

Sekarang, tidak sabar lagi untuk memandu uji Bently Continental GT pulak untuk menjawap persoalan yang sama … Bolehkah Bentley Continental GT digunakan sebagai kenderaan harian?

RXV00785

 

Previous post

Bermaz Motor Kemaskini Senarai Harga Rangkaian Model Mazda

Next post

Senarai Harga Terkini Audi Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *